Catatan

Karangan stpm :Langkah untuk meningkatkan tahap keselamatan di negara

Sejak kebelakangan ini,kejadian kes jenayah dikatakan semakin meningkat dan semakin sukar untuk ditangani oleh pihak berkuasa di negara kita.Hal ini oleh demikian kerana pelbagai faktor yang menyumbang ke arah berlakunya jenayah pada masa ini.Kes jenayah yang sering dilaporkan berlaku adalah seperti kes pembunuhan,rompakan,penculikan,pecah rumah dan sebagainya.Kes tersebut amat membimbangkan pelbagai lapisan masyarakat yang ingin akan kehidupan yang aman dan tenteram.Oleh itu,untuk menjamin keselamatan awam kejadian itu perlu ditangani dengan berkesan bagi mengelakkan dan membendung kes ini daripada terus meningkat. Antara langkah untuk meningkatkan tahap keselamatan awam di negara ini ialah dengan adanya pihak berkuasa seperti polis,anggota RELA,dan Rukun Tetangga.Pihak berkuasa ini perlulah meningkatkan rondaan dengan kerap di kawasan berisiko dan tumpuan berlakunya jenayah.Tindakan tersebut akan menakutkan orang-orang yang tidak bertanggungjawab dalam melakukan jenayah.Contohnya,pih...